eKelas Etika dalam AI dan Gen AI
22 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 November 2025, seramai tiga peserta telah menyertai eKelas bertajuk Etika dalam AI dan Gen AI yang dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sesi ini memberi pendedahan mengenai prinsip etika dan tanggungjawab dalam pembangunan serta penggunaan teknologi AI dan generatif AI.
Peserta mempelajari kepentingan memastikan penggunaan AI selamat, bertanggungjawab, dan mematuhi etika profesional, termasuk aspek privasi, keselamatan data, dan pencegahan penyalahgunaan teknologi. Aktiviti ini membantu peserta memahami cabaran etika yang wujud dalam dunia AI serta memberi panduan untuk mengaplikasikan teknologi secara bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: